Soal Hati

"Telah diriwayatkan, bahwa sebelum Nabi Muhammad dibawa Malaikat Jibril, beliau dibaringkan, kemudian dibelah dadanya; hatinya dibersihkan dengan air zamzam. Penyucian hati Rasulullah ini bermakna bahwa setiap manusia tidak akan pernah lepas dari kekhilafan. Setiap kali melakukan kekhilafan, setiap kali pula hatinya ternoda hingga menjadikannya hitam pekat, karena itu penting di sucikan."

Friday, 13 September 2013

Corat Coret


Lama jugak tidak update blog saya ni. Ntah kenapa saya terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini. bukan untuk tatapan umum.. cuma sekadar luahan untuk buang apa yang terbuku.

Saya rasa hidup ini sangat perit. Hanya minta pada Allah swt jalan yang terbaik untuk meluah segala keperitan hidup. Perit hidup di dalam masyarakat. Namun kita tidak boleh lari dari masyarakat dan sekeliling.. Inilah dinamakan kehidupan. Kesialapan keegoan ketidakjujuran dan sebagainya yang tidak baik itu terpaksa ditelan. Dipermainkan dicemuh diumpat dikeji.. lumrah yang terpaksa di alami oleh setiap manusia. terkadang merasa diri ini dipinggirkan.. MasyaAllah... bodohnya diri ini berfikir yang bukan-bukan. Saya pujuk diri, Kembali kepada Allah.. Hanya Allah tempat bergantung.. "ya.. saya berusaha untuk meyakin diri bahawa hanya Allah SWT tempat saya bergantung bukan manusia atau siapa2". Tapi kenapa masih bersedih.

"di saat mereka berdiri...aku masih duduk, di saat mereka berlari... aku masih berjalan.. di saat mereka melompat aku hanya mampu menapak" sayunya hati ini bila kata2 ini menusuk masuk dalam hati sanubari yang hancur luluh. bergenang airmata sekalipun.. tiada sesiapa akan FAHAM kecuali Dia yang MAHA ESA. Siapalah kita hambanya mempersoalkan.. "adakah Allah tidak memakbulkan do'aku?" tanyalah.. "Apa telah aku lakukan untuk ALLAH di atas nikmat mata,tenaga, kesihatan,fikiran, jiwa dan sebagainya yang telah dikurniakan dengan sempurna kepadaku?" MALUUUUUUUU aku YA ALLAH....

Rezeki, Jodoh dan Mati itu ketentuan ALLAH SWT... kenapa diri ini bertanya lagi????????? Commonlah... pleaseeeeeeeeeee......... semua itu kerja ALLAH SWT. Sudah dijanjikan.. samada lambat atau cepat.. kenapa ada keraguan??? mungkin kurang amalan.. kurang atau tiada langsung..MaysaAllah tidak yakin dengan ketentuan ALLAH SWT. Kuat Usaha.. banyaklah rezeki.. kadang2 kuat usaha tapi rezeki semakin berkurang.. dari situ, koreksi diri atau muhasabah diri.. samada yang diusahakan itu HALAL @ HARAM, SYUBAHAT @ TOTALLY DILARANG? semua ini mesti ada dalam kepala barulah boleh nampak kenapa begini dan kenapa begitu. Inilah dinamakan UJIAN kepada kita sebagai HAMBA samada kita patuh @ membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

JODOH.."kita dilahirkan berpasangan" So calon sudah ada.. "baik untuk yang baik, manakala penzina akan ditakdirkan untuk penzina jugak" So buat baik untuk dapat yang terbaik. CEPAT @ LAMBAT itu sudah ditentukan Allah SWT.

Satu yang penting mintak pada Allah SWT "Ya Allah beri aku KEYAKINAN" banyakkan IBADAH kerana Ibadah itu kita yang MEMERLUKANYA.

"kejar DUNIA...ia akan PERGI"
"kejar AKHIRAT ia akan DATANG pada kita"

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya "
(Saad : 35)

No comments:

Post a Comment